Sunday, September 21, 2008

Jangan cemari puasa dengan kata sia-sia

UMAT Islam diminta mengawal lidah daripada bercakap yang sia-sia. Asal saja mahu bertutur, pastikan ia tidak akan membawa kepada mudarat, terutama jika membabitkan hubungan dengan orang lain.

Memelihara lidah adalah dengan menjauhi mencarut, banyak ketawa, memfitnah, berkata-kata kasar, berbohong dan berpura-pura.

Nabi Muhammad SAW bersabda bermaksud: “Puasa adalah perisai, maka janganlah kamu mencela dan berkata-kata kotor.” (Hadis riwayat Abu Hurairah).

Dosa yang bermula daripada mulut pada Ramadan boleh mengurangkan, malah mungkin membatalkan pahala puasa.

Perkara ini merujuk kepada sabda Rasulullah maksudnya: “Sesiapa yang tidak dapat meninggalkan daripada berkata-kata sia-sia dan selalu beramal dengannya, maka tiada apa yang diharapkan Allah walaupun ketika itu dia meninggalkan makan dan minumnya (berpuasa ).” (Hadis riwayat Abu Hurairah)

No comments: